F.A.Q.

You have a question? Someone else might have had the exact same one. Let's find out!

Q : Rumah lelong boleh mark up loan ker?

A : Rumah lelong tidak boleh mark up loan. Loan boleh dapat berdasarkan harga kita menang as long as harga menang dibawah market value.


Q : Berapa deposit untuk beli rumah lelong? 

A : Deposit yang diperlukan untuk register membida rumah lelong adalah 10% dari harga rezab. Jika ada kenaikan harga apabila menang, bank akan minta tambahan utk genapkan 10% dari harga menang.


Q : Kalau tiada modal boleh ker beli rumah lelong? 

A : Tidak boleh. Untuk masuk bidding lelongan awam perlu ada bank draft dan perlu ada cash untuk buat bank draft tersebut.


Q : Kalau nak buat pengeluaran EPF boleh ker?

A : Boleh dengan syarat perlu lah menang rumah lelong terlebih dahulu.


Q : Kalau nak bid 2 rumah lelong, berapa bank draft perlu dibuat? 

A : Jika hendak beli 2 atau lebih rumah lelong bank draft perlu dibuat mengikut berapa bilangan rumah yang hendak dibeli. Jika 3 buah rumah, anda perlu menyediakan 3 keping bank draft yang berlainan.


Q : Bank draft nak tulis nama siapa? 

A : Nama penerima dalam bank draft ialah nama bank yang melelongkan hartanah tersebut. Sila rujuk POS. Pastikan ejaan nama bank tersebut adalah BETUL. Jika salah tak boleh register untuk masuk lelongan.


Q : Jika kalah, macam mana dengan bank draft itu? 

A : Bank draft akan dipulangkan pabila selesai sahaja lelongan.


Q: Rumah lelong ini betul ke boleh dapat murah ?

A : Beli rumah lelong perlu tahu market value. Tidak semua listing rumah lelong itu harga rezab nya murah dari market value. Tetapi kebanyakkan nye memang harga rezab tersebut dibawah harga pasaran. Kita perlulah bijak memilih dari listing bank lelong yang banyak itu.


Q : Rumah lelong ini boleh masuk ke sebelum beli ? 

A : Alamat lengkap sudah diberikan. Boleh site visit rumah tersebut. Jika berkunci tidak boleh lah pecah masuk. Jika ada penghuni boleh lah ketuk untuk bertanya kan berkenaan dengan rumah tersebut.


Q : Rumah lelong ada SNP tak ? 

A : Rumah lelong tiada SNP. Tiada kos SNP dalam rumah lelong. Yang ada cuma kontrak jualan. Segala urusan apply loan atau nak masuk kan bekalan utility perlukan copy KONTRAK JUALAN ini. Anda sudah jimat legal fees.


Q : Macam mana nak semak market value ?

A:  Market value boleh kita refer dengan valuer. Banyak company valuation ada diluar sana. Call dan dapat kan verbal quotation. Salah satu cara lain. Boleh refer di www.brickz.my atau jika ada kawan banker pun boleh refer kat diaorang.


Q : Beli rumah lelong boleh dapat loan ker ?

A : Boleh. Apply loan seperti biasa. Macam beli rumah subsale atau pun under con.


Q : Berapa margin loan boleh dapat kalau beli rumah lelong ?

A : Margin of financing bergantung pada individu. Jika rumah pertama atau ke 2 layak dapat 90% loan. Jika rumah ke 3 dan ke atas cuma 70% saja.


Q : Susah ker nak apply loan untuk beli rumah lelong ?

A : Susah atau tidak bergantung pada kekuatan document seseorang. Tidak kira beli rumah lelong atau rumah subsale. Sama saja bank process application untuk housing loan. Bank akan semak CCRIS dan kira commitment loan sedia ada.


Q : Berapa lama tempoh diberikan untuk selesaikan baki pembelian rumah lelong ?

A : Tempoh masa yang diberikan adalah 90 hari atau 120 hari bergantung pada bank seperti mana yang dinyatakan dalam POS.


Q : POS tu apa ?

A : POS adalah Proclamation of Sale. Dalam bahasa melayu dikenalai perisytiharan jualan. Terdapat maklumat hartanah yang diperlukan untuk site visit rumah lelong.


Q : Nak minta POS tu kena bayar ker ? 

A : POS boleh diminta dari Pelelong. Tiada bayaran yang dikenakan. PERCUMA.


Q : Siapa yang bayar tunggakan cukai pintu atau cukai tanah, dan bil maintenance?

A : Bergantung pada bank. Ada bank yang cover. Ada bank yang tidak cover. Mesti rujuk POS atau COS untuk pastikan clause yang berkaitan tunggakkan tersebut.


Q : Siapa yang akan bayar jika baki loan owner lama lebih rendah dari harga yang terjual ? 

A:  Berapa baki loan owner lama tiada kaitan dengan pembeli yang menang rumah tersebut. Itu adalah urusan owner lama dengan pihak bank.


Q : Beli rumah lelong boleh joint loan ? 

A : Boleh joint loan dengan syarat ada close relation. Adik - beradik, parent, atau pun pasangan suami isteri.


Q : Beli rumah lelong dapat kunci atau tidak ?

A : Tiada kunci rumah yang diberikan apabila menang rumah lelong. Itu adalah tanggunggjawap pembeli untuk masuk dan handle penghuni dalam rumah tersebut.


Q : Bila boleh pecah masuk rumah lelong ? 

A : Pembeli berhak masuk rumah lelong yang mereka menang adalah apabila loan sudah disburse. Apabila sudah bayar habis jumlah pembelian rumah lelong baru boleh masuk.